Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Salam Lebaran...

Rasanya masih belum terlewat lagi utk chome ucapkan selamat hari raya kepada pengunjung Chome's Homemade..terima kasih kerana masih lagi sudi bertandang di halaman yang tak seberapa ini..kita masih lagi dalam suasana beraya..still in raya mood la kan..nak masak2 pun rasa blues jek lagi..hehehe..lepas raya selalunya baru la chome busy sikit dengan tempahan kuih..yer laa..bulan puasa,jarang la ada order kuih2 camni kan..lepas raya,ramai orang nak buat open house..so ada la sikit2 tempahan..jadi lah walau pun tak banyak,tetap syukur..sebaik mungkin chome cuba tunaikan hasrat orang..

Kali ni takde nak tunjuk gambar kuih sangat..just menu biasa2 yang anak chome sangat suka sekarang ni..spaghetti olio ni dah jadi kegemarannya..walau pun dia tak makan pedas,tapi kalau masak spaghetti ni,dia makan jek walau pedas2 sikit..punya lah suka..tu yang sekarang ni agak kerap la chome masak..minggu depan ada majlis hari raya kat office hubby..mungkin nak masak spaghetti ni jugak laa..last year buat nasik ayam..tak larat laa..banyak benda nak kena prepare..yang ni senang sikit kan..kos pun tak la banyak sangat..hehe..then tengok la buat kuih2 sikit...


Yang ni pulak tiramisu yang buat minggu lepas..masa majlis hari raya dan sambutan merdeka kat sekolah anakanda..chome buat tiramisu blueberry ngan dadih saje..budak2 tak suka sangat..tapi mak budak2 yang suka sangat..hehe...



Monday, March 19, 2012

RV in da house...

Assalamualaikum buat semua pengunjung page ni..dah lama tak bersiaran ye..macam la busy sangat..hihi..sebenarnya takde apa nak update sangat..ada la jugak order sikit2..tapi yang sama jek laa..so,untuk menghilangkan kesunyian blog ni,meh kita cuci2 mata tengok gambar2 kek red velvet yang chome buat baru2 ni..sebenarnya ni kali pertama buatnya..tapi dah selalu makan..biasa lah..suka peram lama2 dulu..orang lain dah lama buat,chome baru la sampai seru nak buat..huhu..okey la tu kan..dari tak buat langsung..huhu..



Ni pulak muffin coklat chips..masa cuti sekolah,puas la godek itu ini..muffin ni salah satu nya..suka pulak resepi ni..sebab mudah dan sedap..memang boleh buat lagi laa...


Anakanda punya idea laa..suruh campur orange ngan choc..jadi la marble gitu..yang ni size cup paling kecik..so marble pun tak nampak mana laa..dah cinonet jek kan..hehehe..

Friday, January 20, 2012

First entry 2012...

Sejak masuk 2012 ni,tak update blog lagi yer..bukan apa..ada jugak order serba-sikit..tapi gambar pun sama jek laa..malas pulak nak masukkan..hehe..hari ni,kiranya first entry 2012 laa..meh jamu mata sikit..ni ala-ala tiramisu jugak..tak tau nak panggil apa..panggil tiramisu jugak la kot..resepi dia lain sikit jek..tapi chome buat ikut style tiramisu jugak..cuma yg ni gunakan biskut lain..bukan biskut tiramisu..dan lapis dia agak banyak compare kalau buat guna biskut tiramisu..tetap ditaburkan dengan parutan coklat yang mewah..memang sedap..chome suka yang ni lagi kot..sebab tak rasa sangat cream cheese tu bila lapis nipis2 tu..sebab saya ni bukan penggemar tegar cheese yer..sikit2 boleh laa..kalau banyak sangat,terasa muak pulak..kalau orang suka cheese,tak kisah kot rasa mewah cheese tu kan..hehe..ni buat untuk makan2 sendiri jek..sekejap jek licin nih..hihi...


Puding ni pulak order hari ni..dari jiran kat sini laa..dah banyak kali sangat dia order puding nih..selalu time nak balik kampung la dia order..sebab katanya family dia semua suka..tak manis sangat..orang2 tua suka laa..makan plak time sejuk2..lama jugak tak buat nih..anakanda pun suka puding ni..cuma kalau dah kerap sangat buat tu,tak makan jugak laa..boring la kan..hehe...

Monday, July 11, 2011

Weekend orders..

Ni order weekend baru ni..apam & roti saje..sebab suka sangat dapat papercup cantik2 tu..habis semua chome gunakan..campur semua2 yang ada dalam stock laa..kali ni agak suka la dengan warna biru tu..lembut jek..tak la terlebih curah macam selalu kan..hehehe..sebenarnya kaler apam ni masa belum kukus lagi lembut warna dia..lepas masak,agak terang sikit laa..




Roti ni pulak order last minute sikit..bawa ke rumah bil chome kat kajang..tumpang bakar kat sana la pagi ahad tu..mamai punya pasal,first round bakar tu silap setting oven..dah lama tak pakai oven letrik,ingat2 lupa la nak main api atas bawah tu..nasib baik boleh kawtim campur2 ngan apam tu..senang deal ngan customer yang tak banyak kerenah ni..so far,customer chome semuanya okey laa..takde yang fussy sangat..alhamdulillah..thanks atas support dari kalian semua..

Tuesday, June 21, 2011

Suka2 hati jek...

Weekend lepas duduk kat rumah jek..so boring2,buat la roti paung ni..buat sikit jek,1/2kg..cukup la untuk makan sendiri..dapat 2 loyang jek..satu loyang penuh..satu loyang lagi tak penuh laa..bakar garing2 sikit,wallaaa...


Hasil yang sangat gebu..suka sangat bila lembut camni..masa gentel pun cantik jek..so dah tau mesti cantik la hasil dia bila dah bakar nanti..


Syok pulak makan ni hari tu..memang kebiasaan chome makan roti ni cicah dengan air..tak sedar dah berapa bijik makan,laju jek masuk mulut..hehehe..lepas post jek gambar kat fb,terus ada kawan nak order..bagi beberapa biji untuk dia lepaskan kempunan..haha..


Tiramisu ni yang kawan tu order jugak..last minute cakap nak..tapi okey la sebab buatnya pun sekejap jek..ni kakak dia yang nak..dia pernah order dulu..kakaknya suka sangat dengan tiramisu ni..thanks banyak2 la pada kawan sorang ni..dah banyak kali order kuih2 ngan chome..hanya Allah saje yang dapat membalasnya..chome akan sedaya-upaya cuba memuaskan hati pelanggan semua..semoga semua berpuas hati..harapnya begitulah..insyaallah...

Monday, June 13, 2011

Hadiahnya..


Okey semua..ni la hadiah yang chome kirimkan buat pemenang contest hari tu..tahniah buat Nurul Najihah dari johor bharu..kuih2 digantikan dengan shower gel body shop ni..hope u like it yer..amacam? Yang lain-lain jangan jeles yer..teruskan usaha..huhu..insyaallah lain kali chome buat lagi contest macam ni yer..harap tak serik ye singgah ke sini...thanks all...

Tuesday, June 7, 2011

Special tiramisu...

Tiramisu ni chome buat masa balik kg kat kuantan baru ni..mula2 dah bawa balik tiramisu..tapi tak cukup sebab dah guna untuk buat dessert pengantin masa kenduri tu..so balik tu chome buat 2 adunan lagi..pakai swiss roll cake jugak laa..then letak fresh strawberry..nyum2..



Friday, June 3, 2011

Tiramisu swiss roll cake..

Not for sale yer..hehehe..saje buat tiramisu ni untuk bawa balik ke kampung..kebetulan memang ada beli swiss roll cake tu..dah dekat2 nak expired kang..so buat tiramisu la,cepat sikit habis..letak dalam cup kecik2,senang nak makan..senang nak simpan..maklum laa..kalau balik kampung tu,peti selalunya memang padat..kena celah2 laa..hari tu buat versi ni anak2 buah suka pulak..sebab ada kek dalam tu kan..kejap je dah habis..



Monday, May 30, 2011

Mencari pengunjung bertuah...(Sticky Mode)

Kepada semua pengunjung blog chome,terima kasih atas kunjungan anda semua..sebagai tanda menghargai para pengunjung,chome ingin memberikan 'sesuatu' kepada pengunjung yang ke-2222..(Sila lihat pada kaunter nombor di sebelah kiri blog ni). Kenapa angka itu? sebabnya nombor 2 adalah salah satu angka kegemaran chome..hehe..so,pada sesiapa yang dapat angka tu,sila print screenkan nombor tersebut dan e-mail kepada chome di cinderella_gee@yahoo.com . Untuk hadiahnya akan chome maklumkan nanti..kalau dekat ngan chome,insyaallah chome akan bagi hadiah salah satu produk chome di sini..tapi kalau orang yang jauh2 menang,maka terpaksa la chome gantikan dengan barang lain. Terima kasih.

Capture this number- 2222

Saturday, May 28, 2011

Hari ini..



Antara kuih yang sempat dibuat untuk shooting hari rabu lepas..hari ni baru disiarkan..rancangan Apa Kata Wanita,pukul 12pm,TV1..hehehe...

Tuesday, May 24, 2011

Order minggu lepas...

Minggu lepas punya order ni..ingat malas dah nak letak..sebab gambar yang sama jek..tapi letak juga la akhirnya..kalau tak,sunyi pulak blog ni kan..hehehe..minggu lepas ada order roti paung,cheese tart & apam..alhamdulillah..berjaya siapkan..walau pun apam & roti tu order last minute..huhuhu..


Cheese tart order kali ni 100 pcs..filling seperti biasa la campur2 strawberry & blueberry..

Yang ni pulak kes terlebih rajin..saje buat masa weekend baru ni..buah tangan bawak ke rumah kawan sempena birthday anak dia..tak tau nak buat apa..yang mudah,bahan2 memang dah sedia ada..so kacau2 ler apam eskrem..buat la versi dot2..cantik sikit kan..tapi jenuh la nak siapkan dia..sebab tu chome tak buat jual apam dot2 tu..lagipun kurang minat..anak pun tak nak makan..dia ingat ni yang apam dot2 ada inti tu..sampai sudah dia tak nak..puas cakap kat dia yang ni apam yang selalu mama buat tu..tak nak juga dia..sampai bawa ke sekolah pun tak makan juga..kawan2 jek la yang habiskan..huhu..actually kalau chome ada masa terluang,boleh la ambil order untuk apam ni..kalau tak,memang tak kuasa lah nak buat nih..hehehe..


Sunday, May 8, 2011

Weekend's order..



Cheese tart ni order dari kawan lama kat sekolah dulu..pass dekat kakaknya yg kebetulan datang ke shah alam..bawa balik ke Terengganu..sepatutnya chome kirimkan dekat adik yg nak balik kampung hari rabu ni..tapi tiba2 kawan ni suruh kirim kat kakaknya..asalnya ada order tiramisu jugak..tapi cancel la sebab takut payah nak bawak,cair ke apa pulak kang..so,cheesetart ni 100 pcs jek laa..sebab dah last minute bagitau,so tak sempat la nak deco beriya..takde la nak lukis2 ke apa..buat cam biasa jek laa..tenyeh sikit2 jek kat atas tu..janji nampak la tanda yang mana filling strawberry,yg mana blueberry..tu jek tujuan chome lukis2 kat atas tu..itu pun dah malam buta membakarnya..mata pun ala2 nak tutup dah masa tu..huhu..hari ni dapat feedback dari kawan tu..terus rasa hilang yg penat mlm2 buta membuatnya..hehe..thanks yer..lenkali order la lagi..jangan bagitau last minute pulak yer..haha..


Ni order dari zubaidah..regular customer..hari ni kan last sale..dia request nak buat 2 bekas..biasanya letak satu bekas bulat yg besar tu kan..puas la jugak pikir,camne nak buat 2 bekas ni..last2 letak jugak dlm bekas besar tu..satu lagi tu letak dalam bekas plastik jek..bkn tupperware tu..sebab mula2 tu ingatkan nak letak dlm bekas 4 segi,yg biasa isi tiramisu tu..semalam gi beli stok barang,bekas2 plastik tu naik harga lagi..selalu beli ket Bagus..dah jadi RM2.20 pulak utk yg 4 segi tu..yg bulat RM1.90 dah..baru lagi bulan berapa baru ni naik harga..ni dah naik lagi..so tak boleh la nak letak dalam tupperware tu..kalau letak tiramisu takpe la jugak..boleh la cover sikit..ni puding ni dah la memang harga sale..tak caj pun delivery..bekas plak mahal..adehh..berapa sen yg tinggal..huhu..tak lama lagi puding ni akan dinaikkan jadi RM40 yer..bersedia lah..hihihi..

Tuesday, April 26, 2011

Introduction Price - Chome's Chocolate Cake



Mulai sekarang dah boleh order untuk kek coklat ni..diolah sendiri mengikut citarasa ramai..kek yang moist dan mewah dengan rasa coklat..topping pula menggunakan chocolate ganache,cream cheese,whip cream dan diletak sedikit serbuk nescafe..gabungan ke semua bahan2 tu menghasilkan topping yang sangat sedap dan tak muak..sesiapa yang ingin mencuba,boleh la order..harga pengenalan adalah RM65..

Friday, April 22, 2011

Kek tak bernama..

Petang semalam chome buat kek coklat..tapi saje la konon nak kelainan sikit..teringin nak buat ala-ala kek secret recipe kan..main layer2 la kononnya..chome lapiskan dengan lapisan choc ganache,cream cheese dan juga lapisan cream cheese+coffee..mula2 ingatkan nak buat ala-ala tiramisu laa..lepas tu tengah melapis tu,tambah sini sikit,sana sikit,dah jadi entah hape2 la pulak..bila letak jek lapisan kek yang atas tu,terus ranap habis krim layer tadi..haa..masa tu dah tension laa..sebab dah penat..tension ngan masalah rumah lagi..yg bocor tu..dah geram sangat tu,chome kaut jek semua krim2 tu,letak sekali kat atas tu..masa tu pasrah jek la apa nak jadi..rasanya masa melapis tu krim2 tu dah cair..patutnya sejukkan dulu satu2 kan..nak cepat sebenarnya..sebab tengah tunggu tetamu datang..nak hidangkan kek tu laa..tu yang kelam-kabut siapkan tu..takpe,next time kita buat lagi..so sekarang ni chome tak tau nak panggil apa kek ni..konflik identiti betul kan kek nih..walau pun rupa dia buruk,tapi para tester semalam semua komen sedap..macam secret recipe punya kata diorang..hmm..rasa hilang terus penat lelah tu kan..tapi pada chome sendiri la,kurang berpuas hati lagi..dari segi rasa dan rupa dia tu chome nak up kan lagi..wahh..tau jek la ai kan high taste gitu..hahaha..


So buat masa ni chome tak jual lagi kek ni..kalau nak jugak,sendiri tanggung la kan..sbb chef sendiri pun tak puas hati lagi nih..huhuhu..kos dia pun agak mahal jugak laa..untuk topping saje dah guna 2 kotak whip cream..belum masuk cream cheese lagi..sebab tu la rasa dia pun agak 'mewah'..hehe..so sekarang ni chome akan fikirkan nama untuk kek ni dulu..dah ada beberapa calon dalam kepala nih..nanti dah comfirm,baru bleh reveal..ahh..poyo betul..hahaha..

Thursday, April 14, 2011

Kek coklat in da house..

 Salam semua..hari ni chome buat kek coklat sikit..asalnya untuk makan2 sendiri je..sebab dah lama tak membakar kek sejak2 oven chome tu buat hal..tadi tu cuba la guna oven pakai gas..alah..oven butterfly jenis lama tu kan..selalunya guna untuk bakar roti jek..so okey la jugak..cuma masih tak berani kalau nak bakar kek dalam loyang..lepas ni kalau bakar kek pun chome akan buat cupcake saje laa..kek coklat ni resepi yang pernah buat dulu2 jugak..boleh tahan la..tak manis sangat..ingat nak bagi anakanda bawak ke sekolah je esok..sekali ada pulak kawan yang nak..so chome buat topping sekali..then tolak cincai2 jek laa..sebab memang dah niat nak let go jek kan..next time buat kukus jek laa..tapi kalau kukus,tak sesuai pakai papercup jenis ni..pernah kukus pakai yang camni,habis terbukak nanti..satu kerja pulak nak kena kelim balik tepi2 dia..kalau kukus,maybe boleh la buat dalam loyang..tengok nanti esok kalau takde kerja,boleh buat lagi..


Kek ni dilimpahi dengan rasa coklat yang agak mewah..gabungan dari coklat dan whipping cream..chome kurangkan manis..sebab rata2 customer chome pun kurang suka sikit kalau manis2 sangat..



Harga cupcake ni akan chome update nanti..sebab nak tentukan dulu size cup yang sesuai..papercup ni pun dah setahun lebih dalam simpanan..nasib baik tak reput gitu jek..hehehe..

Thursday, April 7, 2011

Order again from regular customer..

Hari ni ada order lagi dari kawan2..regular customer la kiranya nih..roti dan apam diorder oleh kak nadirah,shah alam..petang ni nak hantar kat sana laa..kali ni puas hati sangat dengan roti tu..lembut jek..cuak jugak semalam sebab ada kesilapan teknik sikit..nasib baik menjadi elok..alhamdulillah laa..



Sorang lagi pn.Leli kita ni order lagi apam & cupcake kukus marble coklat tu..hmm..pjg benar nama kuih ni kan..nnt nak reka nama lain laa..hahaha..dari minggu lepas dia request nak cupcake tu..tapi tak dapat buat..minggu lepas dia ambik yang saki-baki dari order kak nad ni jugak..so minggu ni baru dapat buat..nak bawa balik ke kampung katanya..harap2 sempat la tahan..risau jugak apam tu kan 3 hari jek hayat dia..diorang nak makan sampai ahad tu..satu cara nak bagi tahan,kena simpan dalam peti laa..bila nak makan,kukus balik..kang keluarkan dari peti,terus makan gitu jek,tak sedap pulak..chome pun tak pernah buat..tapi ada makcik chome selalu buat camtu..dia cakap okey jek..nanti nak cuba gak laa..
 


Terpaksa la buat awal sikit order pn.Leli tu sebab esok chome nak ke ipoh pulak..pagi2 esok hubby akan hantarkan kat dia..petang ni pulak nak ke shah alam..mesti lewat malam jugak baru balik..takut tak larat jek nak mengukus tengah2 malam..kang lain pulak yang jadi nanti..nak kemas barang2 untuk esok pulak ni..sorry yer..minggu ni agak busy..2 kali out station ke utara..apa nak buat..kita hanya menurut perintah saje..hehehe..

Tuesday, March 22, 2011

New product in da house!!

 Salam semua..dah sekian lama teringin nak buat tart ni..tapi baru hari ni terlaksana..itu pun sebab ada cukup semua bahan2..nak habiskan stock cream cheese tu laa..so buat la tart ni..puas jugak google dulu kumpul resepi2 untuk dicuba..akhirnya..ni lah hasilnya..buat cheese tart jek la..letak filling blueberry & strawberry..first time buat,terus 2 adunan sekali adun..hehehe..macam biasa lah..tamak..takut sangat tak cukup..hahaha..jom,kita cuci mata tengok gambar..



Blueberry cheese tart..


Strawberry cheese tart..

Hasilnya tak menghampakan..sape2 nak order,boleh la yer..minimum order 50pcs..RM35 saje..

Friday, March 11, 2011

Pemberitahuan...


Mulai hari ini,harga roti paung adalah RM20 per box..dalam satu kotak tu ditambah jadi 40 biji..sebab upgrade size kotak tu besar sikit,so nak muatkan roti tu ngam2 jek dalam kotak tu..minimum order still 1 kotak yer..harap maklum..

Wednesday, March 9, 2011

Delivery to shop...


Roti paung utk dihantar ke kedai..letak sikit2 jek dulu..tengok macam mana dulu..sebab letak dalam paper cup camni,so orang tak tau sangat tu sebenarnya roti paung..lagipun kalau kat sini,tak ramai yang kenal roti paung nih..ambil masa sikit la nak perkenalkan roti ni...takpe..sabar jek..chome pack camni sebab nak makesure roti ni dapat bertahan untuk beberapa hari..di samping tu terjamin kebersihan dia..chome letak expired date dia dalam masa seminggu jek..tak nak lebih dari tu..ikutkan memang la boleh makan lagi..tapi tak sedap la lama sangat nak jual..chome sendiri pun suka makan yg fresh from oven tu..masak jek,terus makan..

So kalau ada sape2 nak pack macam ni boleh jek..tapi tambah lebih sikit la utk kos packing tu jek..sesuai sangat kalau nak buat party ker..letak dalam goodies bag ker..sebab roti ni tahan lebih lama dari kuih2 lain..

Saturday, March 5, 2011

Kuih2 sponsor..

 Ni kuih2 yang buat semalam..saje la buat untuk bawak ke rumah cousin pagi ni..ada majlis pertunangan..mak ngan adik pun ada datang..so buat la jugak apam polka dot ni nak bagi diorang rasa laa..satu adunan jek pun..sikit jek la dapat..separuh nak masukkan dalam hantaran..sebab mak mintak tolong buatkan kuih..so ni jek la yang mampu disponsorkan..tak tau la camne bakul hantaran yang mak buat tu..muat ke masuk..tengok la kuih mana yang sesuai kan..ni jek yang mampu buat semalam..sebab tak berapa sihat sangat..anakanda pun batuk2 jek..


Apam ni tak buat jual pun..kat rumah ni tak dapat sambutan sangat apam ni..kalau apam eskrem soda tu laju jek masing2..bagus jugak..dah la leceh nak buat apam ni..makan masa pulak tu..hehehe..kali ni macam banyak pulak berlubang2 tu..hari tu buat elok jek cantik..cuma kali ni tak letak dalam paper cup jek..takde yang size kecik..ada yg paling kecik sangat..cinonet jek..tercirit jugak la kang kalau nak picit dalam tu..so letak terus dalam acuan lompang tu,senang..

Roti paung pun buat jugak..at least boleh jugak buat makan2 nanti..tak pun buat bekalan untuk mak bawak balik kampung nanti..err..kalau nak tau,mak chome tu ler sifu buat roti nih..sekarang ni je dia dah tak buat jual..kalau dulu,memang laku sangat la roti ni..tambah2 lagi pagi2 masa lepas bakar tu..tengah panas2 tu kan..sedapnya makan..ni la sarapan kami adik-beradik dulu..sorang satu loyang pun boleh habis..hehehe..



Buat jugak puding nih..sebab sayang kat roti tu nak expired dah..semua ni nanti bawak jek pass sikit2 sorang..share2 la yer..menda free tak bleh banyak2..sikit2 sorang cukup laa..hehehe..


*autopublish entry..