Showing posts with label Tiramisu. Show all posts
Showing posts with label Tiramisu. Show all posts
Thursday, September 19, 2013
Tiramisu new style...
Labels:
Cheese,
Coklat,
Eksperiment,
Promo,
Tiramisu
Tuesday, September 11, 2012
Minggu cheese...
Antara order minggu lepas..tempahan untuk open house..alhamdulillah customer berpuas hati..semuanya ber'cheese'..walaupun sekarang ni susah nak dapatkan stock cream cheese,alhamdulillah rezeki customer ni laa..nyaris-nyaris jugak chome nak cancel order sebab tak dapat la nak buat tempahan ni sebab kehabisan cream cheese..merata tempat chome cari..akhirnya jumpa jugak..terpaksa la beli walau pun mahal dari biasa..harap-harap cepat la ada balik stock cream cheese ni kat bakeri..kalau beli di luar,memang mahal laa..
Customer ni order 100 pcs red velvet cupcake, 100 bekas tiramisu & 200 pcs blueberry cheesetart...
Labels:
Cheese Tart,
Dessert,
Kek,
Order,
Tiramisu
Monday, September 3, 2012
Salam Lebaran...
Rasanya masih belum terlewat lagi utk chome ucapkan selamat hari raya kepada pengunjung Chome's Homemade..terima kasih kerana masih lagi sudi bertandang di halaman yang tak seberapa ini..kita masih lagi dalam suasana beraya..still in raya mood la kan..nak masak2 pun rasa blues jek lagi..hehehe..lepas raya selalunya baru la chome busy sikit dengan tempahan kuih..yer laa..bulan puasa,jarang la ada order kuih2 camni kan..lepas raya,ramai orang nak buat open house..so ada la sikit2 tempahan..jadi lah walau pun tak banyak,tetap syukur..sebaik mungkin chome cuba tunaikan hasrat orang..
Kali ni takde nak tunjuk gambar kuih sangat..just menu biasa2 yang anak chome sangat suka sekarang ni..spaghetti olio ni dah jadi kegemarannya..walau pun dia tak makan pedas,tapi kalau masak spaghetti ni,dia makan jek walau pedas2 sikit..punya lah suka..tu yang sekarang ni agak kerap la chome masak..minggu depan ada majlis hari raya kat office hubby..mungkin nak masak spaghetti ni jugak laa..last year buat nasik ayam..tak larat laa..banyak benda nak kena prepare..yang ni senang sikit kan..kos pun tak la banyak sangat..hehe..then tengok la buat kuih2 sikit...
Yang ni pulak tiramisu yang buat minggu lepas..masa majlis hari raya dan sambutan merdeka kat sekolah anakanda..chome buat tiramisu blueberry ngan dadih saje..budak2 tak suka sangat..tapi mak budak2 yang suka sangat..hehe...
Monday, July 9, 2012
New update..
Dah lama tak update..layan gambar jek la yer..ni antara kuih yang dibuat beberapa minggu lepas..ada yg order..ada yang buat makan2 sendiri jek..
![]() |
| cheesetart.. |
![]() |
| tiramisu & cheese layer tiramisu.. |
![]() |
| red velvet cupcake.. |
![]() |
| utk mkn2 sendiri..vanilla,choc & orange cupcake.. |
![]() |
| cotton soft japanese cheese cake.. |
Labels:
Cheese,
Cheese Tart,
Dessert,
Eksperiment,
Kek,
Kuih-Muih,
Order,
Promo,
Tartlets,
Tiramisu
Friday, February 24, 2012
Latest...
Kuih-kuih ni ada yang diorder dan ada pula yg saja2 buat untuk makan2 sendiri...dah agak lama tak update kat sini..sebab sama jek kalau letak gambar pun kan..hehehe..okey laa..kita cuci2 mata jek laa..bulan depan akan ada sedikit perubahan harga untuk beberapa jenis kuih..so far yang pasti ada perubahan adalah roti dan apam..
Ni semua order last week...
Roti paung untuk makan2..lama tak menguli,rasa lenguh la tangan..kena warm up sekali-sekala...
Apam ni order baru2 ni oleh office mate hubby...
Puding ni buat semalam..untuk makan2..anakanda bawa ke sekolah yang nih...
Friday, January 20, 2012
First entry 2012...
Sejak masuk 2012 ni,tak update blog lagi yer..bukan apa..ada jugak order serba-sikit..tapi gambar pun sama jek laa..malas pulak nak masukkan..hehe..hari ni,kiranya first entry 2012 laa..meh jamu mata sikit..ni ala-ala tiramisu jugak..tak tau nak panggil apa..panggil tiramisu jugak la kot..resepi dia lain sikit jek..tapi chome buat ikut style tiramisu jugak..cuma yg ni gunakan biskut lain..bukan biskut tiramisu..dan lapis dia agak banyak compare kalau buat guna biskut tiramisu..tetap ditaburkan dengan parutan coklat yang mewah..memang sedap..chome suka yang ni lagi kot..sebab tak rasa sangat cream cheese tu bila lapis nipis2 tu..sebab saya ni bukan penggemar tegar cheese yer..sikit2 boleh laa..kalau banyak sangat,terasa muak pulak..kalau orang suka cheese,tak kisah kot rasa mewah cheese tu kan..hehe..ni buat untuk makan2 sendiri jek..sekejap jek licin nih..hihi...
Puding ni pulak order hari ni..dari jiran kat sini laa..dah banyak kali sangat dia order puding nih..selalu time nak balik kampung la dia order..sebab katanya family dia semua suka..tak manis sangat..orang2 tua suka laa..makan plak time sejuk2..lama jugak tak buat nih..anakanda pun suka puding ni..cuma kalau dah kerap sangat buat tu,tak makan jugak laa..boring la kan..hehe...

Wednesday, January 4, 2012
Penutup tirai 2011...
Order last week..penutup tirai 2011..my regular customer order ni untuk birthday party anak2nya..tiramisu,apam & cheesetart..coklat tu saje la buat..as a gift utk customer..sebab order banyak kan..hehehe..
Wednesday, December 7, 2011
Tuesday delivery...
Semalam punya order..jauh hantar ke cheras..tapi customer punya pasal,takpe laa..rezeki jangan ditolak..kebetulan memang tak busy minggu ni..3 bekas tiramisu blueberry..sebaik hantar,dah diorder lagi untuk hujung bulan ni..alhamdulillah,orang suka..
Yang ni saje buat..cupcake marble coklat..untuk anakanda makan..dah lama tak buat..dapat la free gift untuk akak yang order tiramisu..rezeki anak2 dia laa..hehe..
Yang ni saje buat..cupcake marble coklat..untuk anakanda makan..dah lama tak buat..dapat la free gift untuk akak yang order tiramisu..rezeki anak2 dia laa..hehe..
Monday, September 12, 2011
Buah tangan..
Buah tangan yang dibawa ke rumah kawan untuk open house semalam,tiramisu & puding roti marble saje laa...macam dah agak lama tak buat puding nih..ni pun last minute buat..masa bawa tu pun tak keras lagi pudingnya..tapi okey laa..settle jugak..hehe..
Monday, August 22, 2011
Last saturday....
Sedutan minggu lepas...heheh..macam drama pulak ada sedutan bagai..haha..ni order hari sabtu lepas..hantar ke cheras..kenalan baru di facebook..akak ni order 4 bekas tiramisu dan 1 set strawberry cheesetart..berkali-kali juga la chome tanya,nak comfirmkan betul ke 4 bekas tiramisu? sebab banyak betul tu..dia kata nak rasa jek..rupa2nya nak bagi kat cikgu sekolah anak dia jugak..owhh..patut laa..terkejut jugak kalau boleh makan sampai 4 bekas tu kan..huhu..cheesetart semua dia request nak filling strawberry jek..tiramisu pun..chome suggest campur2 la untuk tiramisu tu..so 2 bekas letak strawberry,1 bekas blueberry,1 lagi plain,letak coklat jek..
Harap2 berpuas hati dengan produk dari Chome's Homemade..kalau sedap,war2kan laa..kalau tak sedap,bagitau chome..boleh betulkan apa yang tak betul..tak gitu? hihihi..maklum laa..taste orang berbeza kan... :)

Sunday, August 14, 2011
Dessert berbuka...
Tiramisu..saje buat untuk makan2..senang nak bahagi2 buat dalam bekas kecik2 ni..satu tu my sil dah angkut..lagi 2,nnt kita tengok sape yang dapat..hehehe..best ni buat dessert time berbuka..
Monday, August 1, 2011
Ramadhan promo...
Ni buat untuk makan2 masa balik kuantan baru ni..sebab ramai lagi yang tak rasa new product ni kan..ni lah mini oreo cheesecake..sangat2 sedap..laku la kalau menda2 camni..hishh..teringat pulak..time2 puasa ni lagi la terbayang-bayang jek..dah boleh order yer oreo cheese nih..
Buat juga tiramisu..kebetulan baru ni memang ada beli swiss roll perisa coffee..apa lagi..buat tiramisu laa..pun laku jugak nih..hehehe...
RAMADHAN PROMO PRICE ~ RM 2.00/pc
After Raya ~ RM 2.50/pc
Minimum Order ~ 16pcs
Buat juga tiramisu..kebetulan baru ni memang ada beli swiss roll perisa coffee..apa lagi..buat tiramisu laa..pun laku jugak nih..hehehe...
Friday, July 22, 2011
Order dari bangi...
Hari ni punya order..cheese tart 100pcs & 2 bekas tiramisu..untuk berrymisu kali ni chome bagi diskaun..sama je harga dengan tiramisu coklat biasa tu..RM50 saje..thanks to Anna dari bangi..petang ni nak hantar..tunggu ye..hehehe..
Tuesday, June 21, 2011
Suka2 hati jek...
Weekend lepas duduk kat rumah jek..so boring2,buat la roti paung ni..buat sikit jek,1/2kg..cukup la untuk makan sendiri..dapat 2 loyang jek..satu loyang penuh..satu loyang lagi tak penuh laa..bakar garing2 sikit,wallaaa...
Hasil yang sangat gebu..suka sangat bila lembut camni..masa gentel pun cantik jek..so dah tau mesti cantik la hasil dia bila dah bakar nanti..
Syok pulak makan ni hari tu..memang kebiasaan chome makan roti ni cicah dengan air..tak sedar dah berapa bijik makan,laju jek masuk mulut..hehehe..lepas post jek gambar kat fb,terus ada kawan nak order..bagi beberapa biji untuk dia lepaskan kempunan..haha..
Tiramisu ni yang kawan tu order jugak..last minute cakap nak..tapi okey la sebab buatnya pun sekejap jek..ni kakak dia yang nak..dia pernah order dulu..kakaknya suka sangat dengan tiramisu ni..thanks banyak2 la pada kawan sorang ni..dah banyak kali order kuih2 ngan chome..hanya Allah saje yang dapat membalasnya..chome akan sedaya-upaya cuba memuaskan hati pelanggan semua..semoga semua berpuas hati..harapnya begitulah..insyaallah...

Tuesday, June 7, 2011
Special tiramisu...
Tiramisu ni chome buat masa balik kg kat kuantan baru ni..mula2 dah bawa balik tiramisu..tapi tak cukup sebab dah guna untuk buat dessert pengantin masa kenduri tu..so balik tu chome buat 2 adunan lagi..pakai swiss roll cake jugak laa..then letak fresh strawberry..nyum2..
Friday, June 3, 2011
Tiramisu swiss roll cake..
Not for sale yer..hehehe..saje buat tiramisu ni untuk bawa balik ke kampung..kebetulan memang ada beli swiss roll cake tu..dah dekat2 nak expired kang..so buat tiramisu la,cepat sikit habis..letak dalam cup kecik2,senang nak makan..senang nak simpan..maklum laa..kalau balik kampung tu,peti selalunya memang padat..kena celah2 laa..hari tu buat versi ni anak2 buah suka pulak..sebab ada kek dalam tu kan..kejap je dah habis..
Labels:
Coretan,
Eksperiment,
Kek,
Kuih-Muih,
Tiramisu
Saturday, May 28, 2011
Hari ini..
Antara kuih yang sempat dibuat untuk shooting hari rabu lepas..hari ni baru disiarkan..rancangan Apa Kata Wanita,pukul 12pm,TV1..hehehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)